Assalamualaikum :D
Selamat pagi tu uolls .
Pagi Ahad yang cerah ni wa nakkasi story sikit pasal Tamat Kursus wa ,yang da tamat dalam 2 minggu lepas. Sekarang ni baru ada masa nakjob down memory kat sana.
Begin with . The day kami nak melapor di kem 515 . Sebenarnya, pada mula nya wa tak nak pergi. Kira nak tarik diri la ni, tp wa teruskan juga. Jadi pada hari melapor tu, wa ingat wa punya Jurulatih da tukar sebab sepatutnya dia on cuti pencen . Tapi tak :D dia still jadi jurulatih wa. Tu 50% naik kan semangat wa untuk teruskan kursus ni :D :D. Hari 1st tu tak da sebarang aktiviti, banyak ambik barang untuk Ilmu Medan Perang (IMP) macam bag, mestin, and webbing.
Hari kedua ketiga dan keempat tu start la PT pagi. Pergh !!! angkat bag 30kg tu wa rasa nak mati kott. Ada member wa tu, dia ni kurus amat. Jadi wa tengok dia teramat la susah nya la nak angkat bag tu, wa nak tolong tapi tak mampu sebab wa pon nak mati angkat. Tapi dia kuat kan semangat jugak, dia buat PT pagi dgn bag berat tu. Wa tabik spring weyh :D :D
Pastu, wa punya fasa dua ni tak terasa berat sangat sebab banyak aktiviti rejimen, macam sambutan hari raya. jadi tak banyak la PT pagi kat padang kawad tu. Sambutan hari raya ? wa jaga booth ketupat :D dengan Sarjan battalion 1, pergh! takut wa tu sampai rasa tak nak terlibat langsung. Tapi tu la bila judge org pakai muka memang la akan salah kan? Sarjan tu baik gila kot. Wa je poyo hah, over terlajak judge dia tu garang la apa la. Sambutan hari raya ni sehari sebelum kami semua masuk hutan. Hah ! tidur dalam pukul 3am pastu bangun pukul 5.30am sebab nak withdraw senjata. Pergh!! memang rasa hebat la , sebab wa mampu bertahan dan tak merungut juga marah sebab kalau ikut character wa ni , memang da keluar da segala macam benda. Tapi wa nak ckp satu benda la, memang sepanjang kursus ni wa jadi amat penyabar :D sampai kan buddy wa pon terkejut sebab wa tak banyak melenting. Alhamdulillah :D
Latihan Hutan :D
Hari 1st masa latihan hutan tu kami semua kena buat Pandu Arah :D Wa dengan member member wa dapat sendikit dengan Koperal Sham :D Hamik hang , bukan nak kata la, dalam banyak banyak penuntut tu wa dengan member wa ni paling banyak kena aim dengan jurulatih sebab banyak main and tak serius lansung. So, bila dia tahu wa dengan member wa ni sendikit 1 yakni diasebagai ketua.Memang tension la dia, garu kepala tak habis. HAHAHA ! Tapi tahu tak Koperal betapa wa bahagia dapat dengan Koperal. Rasa nak sujud syukur la time tu :D
Lepas pandu arah bagai nak rak, jatuh sana jatuh sini , gelongsor sana gelongsor sini , senjata cucuk sana cucuk sini , sampai juga kamike garisan penamat :D Ngee, balik ke markas, makan solat and mulakan aktiviti lain. Dapat arahan kena buat markas platun sendiri. Ok itu hebat, tapi yang tak best nya. Hari 1st wa da dapat jawatan :( Semboyan pulak tu. Patah hat betul :( . Tapi patah hati macam mana pun, kena redah je la kan ? bukan apa, wa ni memang ta suka ada jawatan, rosak punah institusi tu kang. Tapiiii , ni nak habaq mai ,wa dapat settle kan jawatan wa dengan baik dan jayanya :D tapi sebagai Semboyan la.
Second day, lagila wa rasa jantung wa nak keluar dari petak bila wa kena jadi Sarjan platun. Subhanallah, time tu segala macam zikr wa baca sebab terkejut and anggap ni mimpi semata mata. Tapi apa kan daya, ainya realiti. Disebabkan wa ni da la lambat dan main main masa kelas IMP. Ni la padah nya bila wa tak tahu nak buat apa. tapi wa buta jugak. And sebab kan wa ni Sarjan platun yang terlebih "bijak" habis wa punya platun kena rendam dalam air ! Maaf semua :'(. Nasib baik la petang nak pergi serang hendap tu, paltun Sarjan kena tukar :D :D time tu wa rasa nak joget joget je kat situ . Lepas kena rendam, tak sempat lg baju kering da basah balik . Masa serang hendap tu,memang sejuk laaa . Wa kentut banyak kali kutt , sebab perut masuk angin. Memang semua dengar dengan jelas, wa tak mampu nk sorok korang telan je la. Masa serang hendap tu, dua musuh "mati" ditembak :D dan nak habaq mai kat sini yang wa jadi kumpulan penembak :D Mmg terasa bangga abadi la kan. Da la sakit perut waktu tu. Semut nya agas nya dan bunyi bunyian yang agak hebat.
Third day tu , just buat persiapan diri and kemas markas platun. Masa tu wa mental breakdown tak tahu kenapa . Habis semua org wa nak marah. Nasib baik la buddy wa ni faham, kalau tak ada yang kena hempuk ngn senjata. Buddy wa ni cool je, ada jawatan takda jawatan dia cool je :D so, dia boleh hilangkan stress gua dengan majunya :D thanks buddy. Petang tu ada buat rehearsal utk penutup and serang khemah musuh . Pada mulanya wa rasa sihat walafiat je, tetiba wa tumbang juga. Wa demam . Da lembik habis da tu. Wa dengar mereka buat dengan baik dan cemerlang ! Tahniah squad :D
Last day ! Graduation day !! wa da sihat :D wa masuk baris da terima sijil. Tamat sudah kursus wa :D :D
Kat sini wa nak cakap yang hidup sebagai perajurit ni bukan senang, jangan la kata dorang tak buat apa lansung. Bahaya tu bila bila masa ada, dan yang kena bahaya tu mereka dulu. Latihan mereka bukan senang, wa yang buat latihan sebulan ni pun rasa seksa lg la 6bulan. Mereka sangat bersungguh nak protect kita semua, even terpaksa bermandi darah sekali pun. Mereka yang kata, askar tak buat kerja, polis tak buat kerja, meyh try tengok apa yang dorang da korban kan. Terlalu banyak. Segala macam latihan yang wa lalu tu semua perlu mental yang kuat, kalau metal lemah physical jugak lemah. Lagi satu, tentera ni bukan kawad je kerja k, jangan la salah faham. tau tak kenapa kawad tu ada dalam tentera ? sebab nak bentuk kerjasama and kekemasan. Kalau takda kerjasama memang tak jadi apa. Jadi sila sila la faham mereka dan hargai la perajurit kita.
Sekian. Wasalam :D
No comments:
Post a Comment