First day, before berangkat to Rejimen 515 Askar Wataniah. Students IIUM ni :D |
Hari ni, saat ini, minit ini wa nak cerita serba sedikit tentang Recruit yang telah wa jalani selama 2 minggu yang lepas. Hah! Mau tahu rectiut apa? Disebabkan wa ni agak minat la dengan bidang ketenteraan dan setelah diserta paksa oleh sahabat a.k.a kembar wa, wa pon dengan bangga nya la masuk Askar Wataniah ni. Jadi konklusinya di sini, wa recruit Wataniah la.
Recruit ni start pada hari Isnin, May10, 2013 hingga la May23, 2013 iaitu pada stage One. Kami semua bertolak pagi Isnin tu, tapi takda la pepagi buta bila gajah masih tidur ( Hiperbola terlebeyh) around 10 lebih rasa bertolak. Dalam bus, wa rasa macam tak nak pergi da, cuak weyh sebab takut kena ragging gilos. Wa pon cakap la dengan kembar wa tu, nak balik la, nak terjun dari bus la. Macam macam la hiperbola yang telah di sebut. Tapi akhirnya sampai juga la ke Rejimen 515 Askar Wataniah dekat Padang Tembak tu. Merapu merapat dalam bus sudah habis. Jadi ini semua realiti bukan lagi mimpi dhoe.
Waktu turun bus tu, wa cakap dengan semua yang wa rasa nak lari laju laju dan terus sampai Johor. Tapi apa kan daya, semangat harus diteruskan! Mula la dengan pendaftaran dan pembahagian bilik juga pembahagian platun. Wa dapat bilik tingkat 4! hah kau ! tinggi amat ( kalau time da penat dgn boot berat tu, ada rasa nak mintak SuperMan tolong terbangkan.) dan platun 1 under Sarjan Asri. And kat sini wa nak cakap yang wa bersyukur sebab wa dapat satu platun dengan UIA dan beberapa staf pelancongan dari Putrajaya yang sempoi even tua berpuluh tahun dengan wa. Mereka semua Daebak!
Hari pertama tak banyak aktiviti sangat. Banyak berdiri, ambil baju celoreng dan kelengkapan lain, tapi gilos penat weyh. Dengan panas nya. Tapi! demi negara ( cehwah!) wa redah je.
Hri kedua dan seterusnya, bermulala segalanya, Hoyyeahh! dengan PT pagi nya, side role, lompat sana lompat sini, lari satu pusing satu banggunan. Memang wa tak boleh tahan. Sebab semua tu berlaku dengan 1st time nya. Member member wa yang lain, ada yang sampai muntah muntah,menangis, melecet, lebam lebam tapi semua tu tak luntur kan semangat dorang weyh, lagi semangat semua ada la. Hebat dorang semua ni.Tapi wa paling tak sanggup nak lari satu bangunan toh hah! Bukan nya boleh lari suka hati ni siap ada timing bagai, kalau tak sampai ikut timing! Hah! lari la lagi satu round! Last PT, tahu tak kena side role keliling bangunan toh hah! Hamek kau, dunia rasa berputar tanpa henti Bro! . Daebak tak daebak tu.
Selepas PT pagi yang agak serius hebat toh, kami ada kelas. And yang pasti ada exam dan wa tak baca buku lagi. Kelas menembak, kelas kawad, kelas macam macam la. Bila petang menjelma, ada riadah. Hah! ni bukan riadah picnic bagai. Main bola tampar, futsal la. Tapi satu pun wa tak main. Pasal giler tinggi kot jaring dia, wa siap bole lalu bawah jaring tanpa perlu tundukkan kepala ( tinggi tak toh? ) dan sebenarnya wa malas. Penat! Hahaha.
Jurulatih? wah! Daebak + Osemph + Great = Terbaik. Serius wa cakap. Mereka semua sangat baik dan terbaik. Yang wa ingat Jurulatih wa adalah Sarjan Asri,Sarjan Zaini, Sarjan Asrul, Koperal Sham, Koperal Iqmal, Koperal Razal, Tuan Kamal Faridz, Puan Hafizah, ada satu sarjan ni comel amat tapi wa lupa nama dia (banyak sedut lalat, maaf!), Demo Amir, Demo Hafiz dan lagi sorang wa tak ingat namo dio. Hahaha! sorry.
Nak cerita jugak masa menembak, hamik kau jemah. Wa da pekak sikit sekarang ni. Disebabkan bunyi tembakan yang amat la kuat. Wa tak hebat mana pun masa menembak. Kena marah lagi ado hah. Hahaha. Wa kan cepat nervous plus terkejut tapi tak melatah k. Jadi kena jentik jari lebih dari dua kali sebab letak jari telunjuk kat picu (memang nak mati la kan? kang tertembak orang) Hahaha, tapi wa tak rasa apa pun.
Dalam banyak banyak kelas, kelas senjata paling best. Belajar banyak benda. Bukak, pasang, masuk kan kelopak, masuk kan peluru, tarik tu tarik ni. Even berat amat senjata tu, tapi tu la kelas paling best! Tapi kawad senjata bukan satu yang senang, bila kena pegang senjata tu satu tangan. Wah! Usung, rusuk, hormat senjata and macam macam lagi. Wa ni hah, siap kena denda lagi toh hah. :D
Nak dipendek kan cerita, sepanjang recruit ni. Wa rasa sangat best dan sangat merindu apa yang jadi kat Kem tu. :D. Sebelum ni wa ada update kat blog yang wa tak rasa happy pun nak pergi recruit, tapi sebenarnya semua ok sebenarnya. Even boot berat, dan ada la jugak rasa nak campak boot tu dari atas kebawah bila penat nak angkut naik tangga. Lari lari da jadi biasa (chewah!) da boleh terima semua dengan baik. Wa rasa benda ni terhebat la setakat yang wa pernah harung sepanjang 20 tahun hidup kat muka bumi ni. :D . Wa nak selit kan sikit gambar gambar wa dan Squads wa. Boleh ? Lupa nak habaq, ada ghetis hah recruit dengan wa. Kitaorang paggil dia Lan. Gambar tak boleh siar nanti kontroversi pulop ye dak.
Muka penat, waktu jaga laras . :D Best woh . :D :D |
Ni hah ! kembar den. Siap tertukar tukar nama da. |
Line up before nak pergi Padang Sasar. Menembak ! |
PM Roslinda and PM Shazwani :D (Majlis Perasmian Siri 3) |
PM Hajar , PM Shazwani, PM Roslinda, PM Fathiah. Nampak senjata kat belakang tu? M-16 tu. |
Roomate next Sem. PM Ummi. |
Kelas malam with Sarjan Asri. |
PM Shazwani, PM Hajar, PM Ummi, PM Shawqie, PM Fathiah, PM Roslinda, PM Syafiqa, PM Azima. (beratur nak ambil senjata) |
Tak sabar for the 2nd recruit. InsyaAllah, all is well :D ( paling osemph, kulit da bertukar 360degree :D )
Wasalam :D
No comments:
Post a Comment