Friday, September 12, 2014

Siti Amirah :D Be Strong

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak cerita pasal salah seorang dari kawan baik .

Saya kenal Siti Amirah waktu dekat CFS IIUM,Nilai. Masa first masuk Nilai saya dapat dorm A1-5, time tu masing masing buat hal sendiri sebab semua tak kenal diri masing masing. Agak dalam dua tiga har jugak lah semua buat hal sendiri sampailah Siti Amirah cadangkan kita semua buat Taaruf Dorm :D. Jadi kami semua introduce lah diri masing. Nak dijadikan cerita memang satu dorm Kuliyyah IRKHS, ada yang Human Science, Arabic, and IRK.

Lepas Taaruf tu saya tak berapa tegur Siti Amirah, sebab masih dalam process nak kenal (HAHAHA). Sampai lah satu hari tu, tak ingat hari apa, tapi semua tengah relax relax atas katil, ada yang tengah makan termasuklah Siti Amirah. Saya ingat lagi waktu tu dia makan nasi goreng kampung yang pedas. Waktu tu lah saya interact dengan dia sebab saya tanya " kenapa awak menangis makan nasi goreng?" and Siti Amirah jawab " nasi goreng ni pedas awak" . Time tu memang saya ketawa tahap luar bumi lah. End up Nadia Aqila yang habis kan nasi goreng tu.

Siti Amirah punya perangai sangat baik :D sungguh saya tak tipu. saya ingat lagi waktu kami ramai yang busy and tak sempat nak bayar electrical item, dia yang tolong kutip and bayarkan sebab dia free waktu tu. Dia set up tempat untuk makan makan kita semua, even ada yang tak ikut sebab sakit and sebagainya. Lagi satu Siti Amirah ni sangat happy go lucky, and very positive person yang saya pernah kenal and tak kedekut and macam macam lagi benda yang baik ada dalam diri dia.

Lepas pindah PJ kami semua berpecah, hubungan antara kami dah tak macam masa kat Nilai, mungkin sebab semua dah ada kawan masing masing. Tapi once again, sebelum Siti Amirah and Nadhi  masuk Gombak kita semua ada buat makan makan lagi sekali Siti Amirah yang sangat beriya iya.

A1-5 memang terkenal dengan makan makan. Selalu jugak lah ada makan makan sama sama. Sampailah semua dah masuk Gombak and semua dapat makan sama sama tapi time tu siapa tahu tu lah makan makan terakhir untuk kita semua dengan Siti Amirah sebelum dia ambil study leave.

29 August 2014.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Siti Amirah kena masuk hospital. Durasi dianggarkan seminggu dengan various operation. Mohon doanya."

From Siti Amirah, ramai yang terkejut. Tapi hari berjalan seperti biasa, sebab Siti Amirah hantar gambar dia masih sihat cuma pucat sikit atas katil hospital. 

3 September 2014.

Tak sampai berapa hari kami, bergembira dalam wasap, tiba tiba dapat ni dari Timah. ya Allah time tu hanya Tuhan yang tahu apa perasan kami semua. Fikiran semua dah melayang memikirkan apa akan jadi seterusnya. Tapi kami semua tahu yang Siti Amirah teramatlah kuat.


4 September 2014

6 September 2014




12 September 2014.
Hari ni awak dah 21 tahun Siti Amirah :D Selamat Hari Jadi . Kita tahu awak kuat untuk lawan semua ni .


Ya ALLAH, kuat kan Siti Amirah :D 



No comments:

Post a Comment