Friday, September 12, 2014

Siti Amirah :D Be Strong

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak cerita pasal salah seorang dari kawan baik .

Saya kenal Siti Amirah waktu dekat CFS IIUM,Nilai. Masa first masuk Nilai saya dapat dorm A1-5, time tu masing masing buat hal sendiri sebab semua tak kenal diri masing masing. Agak dalam dua tiga har jugak lah semua buat hal sendiri sampailah Siti Amirah cadangkan kita semua buat Taaruf Dorm :D. Jadi kami semua introduce lah diri masing. Nak dijadikan cerita memang satu dorm Kuliyyah IRKHS, ada yang Human Science, Arabic, and IRK.

Lepas Taaruf tu saya tak berapa tegur Siti Amirah, sebab masih dalam process nak kenal (HAHAHA). Sampai lah satu hari tu, tak ingat hari apa, tapi semua tengah relax relax atas katil, ada yang tengah makan termasuklah Siti Amirah. Saya ingat lagi waktu tu dia makan nasi goreng kampung yang pedas. Waktu tu lah saya interact dengan dia sebab saya tanya " kenapa awak menangis makan nasi goreng?" and Siti Amirah jawab " nasi goreng ni pedas awak" . Time tu memang saya ketawa tahap luar bumi lah. End up Nadia Aqila yang habis kan nasi goreng tu.

Siti Amirah punya perangai sangat baik :D sungguh saya tak tipu. saya ingat lagi waktu kami ramai yang busy and tak sempat nak bayar electrical item, dia yang tolong kutip and bayarkan sebab dia free waktu tu. Dia set up tempat untuk makan makan kita semua, even ada yang tak ikut sebab sakit and sebagainya. Lagi satu Siti Amirah ni sangat happy go lucky, and very positive person yang saya pernah kenal and tak kedekut and macam macam lagi benda yang baik ada dalam diri dia.

Lepas pindah PJ kami semua berpecah, hubungan antara kami dah tak macam masa kat Nilai, mungkin sebab semua dah ada kawan masing masing. Tapi once again, sebelum Siti Amirah and Nadhi  masuk Gombak kita semua ada buat makan makan lagi sekali Siti Amirah yang sangat beriya iya.

A1-5 memang terkenal dengan makan makan. Selalu jugak lah ada makan makan sama sama. Sampailah semua dah masuk Gombak and semua dapat makan sama sama tapi time tu siapa tahu tu lah makan makan terakhir untuk kita semua dengan Siti Amirah sebelum dia ambil study leave.

29 August 2014.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Siti Amirah kena masuk hospital. Durasi dianggarkan seminggu dengan various operation. Mohon doanya."

From Siti Amirah, ramai yang terkejut. Tapi hari berjalan seperti biasa, sebab Siti Amirah hantar gambar dia masih sihat cuma pucat sikit atas katil hospital. 

3 September 2014.

Tak sampai berapa hari kami, bergembira dalam wasap, tiba tiba dapat ni dari Timah. ya Allah time tu hanya Tuhan yang tahu apa perasan kami semua. Fikiran semua dah melayang memikirkan apa akan jadi seterusnya. Tapi kami semua tahu yang Siti Amirah teramatlah kuat.


4 September 2014

6 September 2014




12 September 2014.
Hari ni awak dah 21 tahun Siti Amirah :D Selamat Hari Jadi . Kita tahu awak kuat untuk lawan semua ni .


Ya ALLAH, kuat kan Siti Amirah :D 



Tuesday, August 19, 2014

Drama

Assalamualaikum :D

Saya cuti sekarang ni :D Jadi macam rajin sikit nak update Blog yang hampir nak berlumut ni.

Ok sekarang ni, Malaysia dilanda dengan lambakan drama Melayu yang kebanyakan di adaptasi dari novel. Memang tak dapat dinafikan novel yang diadaptasi banyak yang mengklasifikan Hero yang sempurna,tough, kaya dan sebagainya. Tapi nak buat macam macam mana kan? Memang fitrah manusia suka kan yang cantik dan sempurna ye dak?

Drama sekarang yang hangat di pertontonkan ( hah, tudia bahasa jiwa bangsa :) ) kalau tak silap kat TV3 drama Rindu Awak 200%. Memang tak dinafikan lah yang Hero dalam drama tu cukup best, dimana dia tu tough nak mati, ada rupa, and pilot kott. Kemon guys? siapa yang tak suka lelaki yang macam tu. Sembahyang pon complete (dalam drama tu lah, realiti tak tahu lah pulak) So, at the same time lelaki lelaki kat luar sana yang tak seperti Hero tersebut mula lah rasa tergugat ye dak? kah!

Saya ada baca satu tweet kat twitter saya, tak sebenarnya banyak. Ok, tweet tu ada lah berbunyi macam perempuan mengharap terlalu tinggi dalam mencari teman hidup kerana terpalit dengan lambakan drama yang disiarkan sejak kebelakangn ini. Ok, sekarang ni bagi pihak saya, nak tanya lah. Ada ke lelaki nak perempuan yang tak ada nilai? Saya masih ingat masa Drama Nur Kasih di tayang kan. Kaum lelaki sangat memarahi Hero tersebut kerana tidak menghargai perempuan sebaik dan secantik Nur. Masih ingat kah anda wahai kaum Adam? Jadi sama lah kami disini, yang agak mementingkan kesempurnaan.

Jadi cuba bawak bertenang dalam menilai seorang perempuan. Kalau dah hidup bersama and still takda kerja, rumah dan segala keperluan asas? Macam mana hidup nak bahagia? So, fitrah manusia kan nak bahagia jadi bukan masalah perempuan kalau mereka memilah atau mengharap atau meng'set' high sekalipun dalam pemilihan pasangan hidup. Saya percaya kamu kaum lelaki juga begitu. :D :D

Thursday, April 17, 2014

Us. We. Them

Assamualaikum.


Hari ini Sabtu, March 1,2014.

"Mimpi-mimpi kamu, cita-cita kamu, keyakinan kamu, apa yang kamu mau kejar, biarkan ia menggantung, mengambang 5 centimeter di depan kening kamu. Jadi dia nggak akan pernah lepas dari mata kamu. Dan kamu bawa mimpi dan keyakinan kamu itu setiap hari, kamu lihat setiap hari, dan percaya bahwa kamu bisa.
Apa pun hambatannya, bilang sama diri kamu sendiri, kalo kamu percaya sama keinginan itu dan kamu nggak bisa menyerah. Bahwa kamu akan berdiri lagi setiap kamu jatuh, bahwa kamu akan mengejarnya sampai dapat, apapun itu, segala keinginan, mimpi, cita-cita, keyakinan diri.. 

Biarkan keyakinan kamu, 5 centimeter mengambang di depan kening kamu. 

Dan… sehabis itu yang kamu perlu cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya, mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas, lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja, dan hati yang akan bekerja lebih keras dari biasanya, serta mulut yang akan selalu berdoa"

Keep our dreams alive, and we will survive! - 5CM