Sunday, May 19, 2013

Nak jugak :D

Assalamualaikum ! Sempena hari Ahad yang ceria ini (ceria kah?) wa nak tulis saja saja nak penuh kan entry wa ni.

Nak di jadikan cerita (hah kau!) sepatutnya hari ini wa harus bertungkus lumus membaca buku untuk final exam yang semakin hampir ni. Tapi lain jadinya, satu lansung pun apa yang wa baca tak masuk masuk dalam otak wa yang geliga ni. Jadi nya wa ambil keputusan untuk membaca nya bersama dengan sahabat sahabat wa pada waktu malam ni di Mahallah mereka! Jadi dengan rasa rendah hati nya, wa tutup la segala notes yang diberikan oleh lecturer. Dan tersu meng'online' dan mengupdate blog kesayangan wa ni.

Memandangkan sekarang ni tengah musim study week, ramai la students pergi library dan balik rumah dan yang paling osemph bertafakur diatas katil berjam jam lamanya. Jadi Mahallah wa jadi macam zombie land senyap sunyi, wa agak bosan sebab tinggal sorang diri sebab room mate wa balik. Sepatut nya wa nak balik juga, tapi disebabkan kengkangan mata wang menyebabkan wa kuburkan saja cita cita wa untuk pulang tu. Jadinya, wa duduk la sorang sorang dalam bilik ini, bersama laptop dan headphone serta semut semut di celah dinding ni hah.

Tu je kot nak cerita. Nak  habiskan buat cerpen sat. Selamat hari Ahad semua!

Wasalam !


No comments:

Post a Comment