Wednesday, May 22, 2013

Kopi Pasta di Malam hari.

Assalamualaikum! Wa jumpa artikal ni dalam sebuah buku lama pemberian TV Al-Hijrah satu hari dulu. Sekadar nak share untuk bacaan semua. Ye la kan, semua nak kahwin kan? Da kahwin nanti mesti ada anak. Jadi artikal ni lebih kurang tentang cara nak mengatasi kemarahan ke atas anak anak.

"Memahami tekanan yang bertimpa dalam jiwa anak gadisnya oleh kehilangan gelang tangan manik berwarna coklat muda, si ayah bertindak bijak dengan memilih untuk menuturkan kata kata berinti inspirasi, dan tidak melulu memarahinya.

Si ayah begitu mengerti bahawa kerisauan dan kebimbangan yang dirasai sianak sudah menjadi satu 'hukuman' yang berat atas sebuah kehilangan; justeru memarahi akan menambah beban rasa bersalah yang tidaksewajarnya ditanggung oleh anak kecil.

Kemarahan tidak akan membentuk peribadi dalam dirinya, bahkan karakter yang lemah pula berkemungkinan mengambil tempat; hari demi hari menuju alam dewasa.

Rasa tidak difahami, tidak disayangi dan hanya tahu menyalahkan, itulah yang dipelajari oleh anak anak setiap kali ibu bapa menangani kehilangan atau kerosakan harta benda dirumah dengan kemarahan dan tuduhan.

Lebih membimbangkan, kebiasaan dimarahi sebegini menjadikan anak anak tidak kuat berdepan dengan cabaran hidupnya dewasa nanti. Kehilangan atau kerosakan akan dinilai sebagai beban yang amat menyeksakan, bukan dipandang sebagai satu peristiwa yang memiliki kebijaksanaan dari Tuhan untuk mendidiknya menjadi insan yang lebih peka, tabah dan sabar mendepani hari depan. 

Bayangkan, jika satu saat suasana sebaliknya pula berlaku pada ibu bapa yang telah tua. Andai peribadi marah marah tanpa usul periksa yang selalu diterapkan kedalam jiwa anak anak, maka tidak mustahil, ibu bapa pula mengalami masalah serupa malah lebih melukai jiwa. Bukankah itu satu yang malang da mendukacitakan? 

Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya telah menunjukkan tauladan, lalu sirah merakamkan bahawa Anas bin Malik r.a sebagai sahabat meriwayatkan lebih dua ribu hadis pernah menukilkan, 

"Lima belas tahun aku melayani Nabi, belum pernah sekali pun Baginda membentakku, baik didalam mahupun diluar rumah"

Pengikhtirafan sahabat kepada Baginda Nabi adalah kerana memanfaatkan dua mata, iaitu mata hati dan mata fizikal dalam menangani cabaran hidup sehari hari sehingga Baginda mampu menjadi lebih peka, tepat dan bijaksana sewaktu bertindak atau berkata kata. "

Reference:  Jusin.N. (2012). Majalah i. Karakter Perbadi Tauladan, na, pg 50-51.

Wa tak la seratus peratus kali nak salah kan ibu bapa. Tapi wa nak share, tak sangup wo rasa tengok kanak kanak kena pukul kena marahi kat public. Dekat situ nanti self defence mereka bila dewasa nanti jadi amat ganas atau pun lansung takda self defence (redha je, orang pukul hempuk) dan tidak seperti manusia yang ada zaman kanak kanak yang normal.

Wasalam.



No comments:

Post a Comment