Wednesday, March 13, 2013

Wataniah

Serius wa tak sangka pon wa akan masuk wataniah kan. Sebab dolu dolu wa pernah nak ada cita cita nak jadi tentera udara la darat la bagai . Tapi ditentang terus oleh Opah terchenta wa . Wa sebagai cucu yang patuh , terpaksa la menurut segala perintah beliau :D . Tapi bila masuk Universiti ni wa rasa ni la masa nya , Hahaha ! Memandangkan da terpampang wataniah , apa lagi kaki ponlaju melangkah kearah booth tersebut dan menurun kan segala identiti diri untuk mendaftar :D . Sama la dengan seorang member wa ni , dia da hasut wa dari CFS lagi . 

Tapi wa ni masalah nya , besar badak di abad ni . Nak jogging tu , alahai ! Malas gila . Padahal Tasek Mariam tu hah depan mata je . Macam mano la nak fit kan ? Minggu lepas , buat medical checkup . Tapi lebam ambil darah tak surut surut . Tak faham betul . 

Kami ada buat group binding . Memang best la , sebab wa jadi chef . Tapi bukan wa sorang la , ramai lagi yang membantu . Even though spaghetti rasa petai , entah macam mana boleh jadi macam tu tak tau la . Tapi still wa berpuas hati sebab ayam resepi member wa kadi sangat sedap . Kat situ wa nak cakap la , wa boleh nampak ukhuwah , chewah ukhuwah kau . Help each other , ada tolong sampai pedih , merah mata tu . So , thank you so much la untuk semua :D (cheh , belagak YDP pulak wa ni) . 

Rabu ni pulak , InsyaAllah nak p wardieburn , sebab nak physical test and medical checkup whatsoever la kat situ . Kata nya susah bangat ! Tapi takpa demi Wataniah , wa sanggup redah ( chewah! ) . Tu je kot nak cerita .

Takziah untuk tentera and anggota polis yang syahid dalam misi Lahad Datu . Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin . 

No comments:

Post a Comment