Salah ke kalau
speaking? Tak salah kan? tapi apasal
bila start speaking, ada yang cakap
“Tak payah la
speaking sangat, kau kan orang Melayu”.
Ya aduh! Kan bahasa
Melayu dulu pernah jadi bahasa lingua franca , sedap je orang putih cakap,
pedagang pedagang zaman dulu tuh, guna bahasa Melayu apa. Tak pulak orang dia
tanya:
“Why did you
have to speak in Bahasa? Wake up, your parents not from Tanah Melayu.”
Tersedak tak kalau
tiba tiba orang putih tanya depan korang? Ada yang muntah balik makanan 3 tahun
lepas. Bukan kita je yang mngamalkan bahasa Ingeris ni, banyak lagi yang
mengamalkan. Jadi chill la, bahasa Melayu tetap di Hati la!
‘Aish! Tau la study
kat IIUM, tak perlu le nak bangga kan bahasa orang tu’
Ye tepat sekali,
saya memang student IIUM, International la katakan. Mestila kena speaking, kang
ternganga pulak foreigner dengar den cakap bahasa kesayangan rakyat Malaysia ni
kan. Lagi satu, bukan IIUM je ok yang mengamal kan speaking, Universiti lain
pon ok. Tak da pon orang nak bising bising. Adeh! Tak faham la kenapa. Ok la,
make it easy, tak mau dengar speaking , nak dengar cakap Arab? Kami pon belajar
Arab juga. Nak dengar? (tapi jangan muntah darah pulak)
Umang ai! Apo kono
mngono eh, mak den ayah den punyo tompat lahir? Pelik ngat eh. Ateh! kalo mak
teman orang Perok, tak boleh speaking le? Ayoh kawe ore kelate tak bole
speaking? . Yang penting memang statement ni gua sebagai manusia kat muka bumi
ni tak bole terima! Apa kena mengena? Tak ada kena mengena lansung! Tarah babe
telinga ni dengar! Agak la nak relate pon. Madah berseni sangat apasal?
Dear readers, bukan
nak berlagak bila speaking, bukan nak bangga diri, jauh sekali nak ‘Ujub kan,
tapi nak belajar. Memandangkan hampir 99% kerja kat Malaysia ni memerlukan
English sebagai bahasa rasmi. And bukan kerja je, hampir semua instruction kat
dinding, tepi jalan, sampai nak pergi toilet pon guna English. Jadi kita kena
la practice dari sekarang kan? masa study ni, tak kira la masa sekolah rendah
ke, menengah ke, matrik ke. Etc. And, tak pernah terfikir pon nak letak bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Seriously, Im proud to be Malay, Malaysian. Sedap
apa bahasa Melayu, penuh dengan bunga bunga,
tersurat dan tersirat. Ada je Universiti kat oversea tu belajar Bahasa
Melayu, jadi tak salah kan kita belajar bahasa mereka pulak.
Sudah sudah la,
judge orang. Ok!
Let strive for final exam CFS! Haiyak!!
No comments:
Post a Comment